Telefilem Tangisan Izara akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada 3 Disember ini, jam 9 malam. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah.
JUDUL : Tangisan Izara
EPISOD :Telemovie
TARIKH / MASA : 3 Dis/9mlm
SIARAN : Cerekarama
PENGARAH : Suhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq,Janna Nick,Puteri Balqis
Sinopsis Tangisan Izara #TangisanIzara
Mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.
Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah.
Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu. Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri.
Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin. Walaupun Raihana tidak mahu mempunyai zuriat atas dasar sakitnya. Namun dgn kuasa Allah swt beliau disahkan mengandung dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara (Puteri Balqis).
Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Faridah). Haikal dan Raihana tahu akan meninggalkan Izara seorang diri. Sejauh mana Mak Dah(Ku Faridah) mampu menjaga Izara? Apakah nasib Izara selepas Haikal dan Raihana meninggal dunia?

Nantikan telefilem Tangisan Izara yang bakal keudara pada 3Dis 2016 di TV3.