Sebut sahaja durian, pastinya anda akan terbayang buah hijau berduri yang melindungi isi keemasan di dalamnya. Buah mahsyur yang mendapat gelaran raja buah ini hanya muncul pada musim tertentu dan dijual dengan harga yang agak tinggi mengikut gred.
Rasa yang enak dan unik menjadikannya buah tropikal eksklusif yang popular terutamanya di rantau Asia Tenggara. Tidak cukup dengan itu, aroma baunya yang semerbak sentiasa menjadi igauan para peminat buah ini. Tetapi apa yang merisaukan ramai orang adalah bau nafas setelah menikmatinya.
Pernah mengalaminya? Jangan risau sebab ini bukan masalah anda seorang sahaja. Bila nafas berbau, pastinya ia akan menjadikan orang disekeliling anda tidak selesa dan ia akan membuat anda rasa rendah diri. Justeru, terpanggil untuk berkongsi tips mengenai isu ini, seorang doktor yang merupakan bekas saintis di MARDI telah memuatnaik hantaran di laman Facebook. Menurutnya:
Anda mengalami masalah atau sendawa berbau selepas makan durian?
Sebelum ini, belum ada kajian khusus tentang kaedah untuk kurangkan bau nafas selepas makan durian.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai sulfur, sama seperti durian.
Gambar Hiasan
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya antikanser. Tetapi, jika terlebih makan bawang putih atau durian, perut akan jadi kurang selesa
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“Minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding selepas makan bawang putih”
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“ Minum susu sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan dan bantu kurangkan nafas berbau durian
Walaubagaimanapun keadaan itu akan menyebabkan sifat anti-kanser berkurang. Selamat Mencuba
Sumber: Dr. Suri Roowi