eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Keganasan Seksual Kanak-Kanak,Peranan Ibu Bapa Untuk Elak Anak Jadi Mangsa Dan Pemangsa

Penderaan seksual oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak sudah membuatkan masyarakat kita cukup terganggu. Namun baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes jenayah seksual yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas anak asuhan ibunya setelah terangsang melihat video lucah di telefon bimbit.

Hal ini amat membimbangkan kerana pada usia itu, dia sepatutnya memfokuskan fikirannya dalam bidang akademik bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), bukan perkara-perkara kotor yang meracuni mindanya.

Seorang Kaunselor, Nur Anisah Mohd Rusli berkongsi rasa resah dan kekesalannya atas kejadian tersebut di Facebook.

I was scrolling down my phone. Sebab saya banyak bermain dengan budak-budak. Jadi saya rakamkan keletah mereka sebagai kenangan. Kalau tanya sayang tak sayang tu, dah kita jaga, tentulah sayang. Walaupun bukan keluarga. Sebab keluarga tak semestinya ada pertalian darah, kan?

Menitik juga air mata. Mengenangkan cabaran anak-anak comel ni dalam nak membesar. Terdetik kat hati “Moga Allah pelihara kamu semua. Jaga kamu semua”

Tapi setakat rasa sedih je, takut je, mana cukup. Tanya diri sendiri, nak kena buat apa ni?

Kawan-kawan saya ada kongsi antara input yang dia dapat daripada program yang dia pergi dan juga pengalaman menjadi guru. Antaranya:

1) Ibu bapa dan orang dewasa, tolong jangan remehkan apa sahaja yang anak anda cerita, terutamanya apabila melibatkan alat sulit.

2) Ajar anak sentuhan selamat. Bagi tahu, siapa yang boleh sentuh mereka, siapa yg tidak boleh menyentuh mereka. Di mana bahagian tubuh mereka yg tidak boleh disentuh

3) Jangan cium bibir anak. Alaa yang ni tolong lah ibu bapa, anak akan fikir ianya biasa. Sedang dengan mencium bibir kita yang ibu bapanya pun sudah tidak sopan, bayangkan anak anda mencium bibir orang lain, namun dalam masa yang sama dia fikir itu biasa atau sebagai lambang hormat? Jangan jadikan ianya budaya. Tolong.

4) Peka dengan persekitaran anda. Jangan mudah percaya. Sebab biasanya pelaku datang dari ahli keluarga yg rapat dan dah jelekit dengan anak.

5) Penderaan bukan semata-mata seksual, tapi melibatkan fizikal, verbal dan visual.

6) Pantau apa yang anak anda tonton. Anda yg memberi telefon, jadi tanggungjawab siapa yg perlu pastikan content yg mereka tonton dan layari? Jiran sebelah rumah? Atau tukang kebun sekolah?

7) Ajar anak sifat malu dan apa yang boleh dan tak boleh. Ibu bapa jom lah kita jadi contoh terbaik, sama-sama tunjukkan akhlak yang baik.

Perkara ni takkan selesai kalau kita harapkan guru, kaunselor, kerajaan dan NGO semata-mata berkempen. Sebab semuanya bermula dari rumah.

Kesimpulannya, jangan biarkan kejahilan mengetuk pintu rumah anda. Kerana waktu itu, penyesalan sudah tiada guna. -‘Ilman, 2019.