eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Banyak Peluh Lemak Terbakar..Hanya Mintos Atau Sebaliknya

Apabila kita bersenam atau bersukan, hampir pasti anggota badan kita akan dibasahi peluh. Kadar peluh yang keluar dari tubuh seseorang adalah berbeza.
Namun, ada yang menganggap bahawa lebih banyak peluh, lebih banyak lemak yang dibakar. Hakikatnya, ia sekadar mitos dan tidak benar sama sekali.
Perasan tak, kalau kita tidak bersenam, sebagai contoh kita sedang makan makanan pedas ataupun duduk di bilik yang tidak mempunyai kipas atau penghawa dingin pun kita boleh berpeluh?

Ya, sebenarnya di sinilah letaknya fungsi peluh itu sendiri. Apabila suhu badan meningkat, badan kita sendiri akan cuba untuk mencegahnya dengan mengeluarkan peluh.
Bagaimanapun, ia akan memberikan kesan kepada kandungan atau berat air dalam tubuh badan manusia.
Inilah juga antara sebabnya mengapa kita sering berasa haus ketika berada di bawah terik matahari ataupun selepas bersukan.
Bagi kebanyakan atlet sukan, mengeluarkan peluh sebanyak 1.5 liter dalam tempoh satu jam itu adalah perkara normal. Ia bersamaan dengan kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 1.5 kilogram.

Akan tetapi, ia bukanlah kesan jangka masa panjang. Apabila anda meminum air selepas selesai aktiviti, berat badan anda akan mula meningkat kembali.
Biarpun berpeluh bukan menandakan lemak anda terbakar, namun ia boleh menjadi petunjuk bahawa anda melakukan senaman fizikal yang banyak dan betul.
Namun jangan pula atas sebab itu anda tidak mahu meminum air selepas bersenam. Tubuh badan kita memerlukan air yang cukup untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.