Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.
Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer membuka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang.
Pada era 50an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini.
Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.
Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura
Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.
Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks.
Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia.
Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri. Hebat!
Sumber: Syahril A.Kadir