eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Penyamaran Kupu-Kupu ,Rupa Dan Bau Seakan Seperti Dua Ekor Lalat Sedang Menikmati Najis Burung

Setiap hidupan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kemandirian spesies di rimba antaranya dengan racun berbisa, tanduk dan kuku yang tajam, larian yang laju serta penyamaran.

Kalau kita masuk ke hutan dan teliti setiap hidupan di sekeliling kita, pasti tak henti keterujaan menyaksikan keunikan mereka. Kadangkala tak tercapai dek akal, seperti haiwan-haiwan ini yang sangat pandai menyamar sehingga kita pun boleh terlepas pandang.

Penyamaran ini berfungsi untuk menyembunyikan diri dan mengelirukan pemangsa seolah-olah haiwan yang terancam itu berbahaya atau ‘jijik’ untuk dimakan, seperti kupu-kupu ini.

Bukan sahaja berupa seperti dua ekor lalat sedang menikmati najis burung, malah macrocilix maia turut mengeluarkan bau seakan-akan najis unggas berkenaan dan membuatkan pemangsa tidak berselera untuk memakannya yang dilihat berpotensi untuk mendatangkan penyakit.

Kupu-kupu ini boleh ditemui di Korea, Jepun, China, India, Malaysia, Sumatera dan Borneo. Ia merupakan spesies jarang jumpa yang pernah ditemui di gunung batu kapur Gunung Api, Bukit Retak dan Gunung Kinabalu.