Pelakon Aeril Zafrel menyambut sambutan tahun baru dengan menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama isterinya Wawa Zainal.
Menurut Aeril, dia akan berangkat ke tanah suci selewatnya-lewantnya penghujung bulan ini.
“Untuk menunaikan ibadah umrah saya bersama Wawa sahaja, anak-anak saya tinggal di bawah jagaan keluarga terdekat.
“Mengenai persediaan dan persiapan buat masa sekarang saya sedang berehat dan tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon.
“Rehat sepenuhnya amat perlu agar ibadah saya di sana, dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya," kata Aeril ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Menyentuh mengenai karier lakonan, dia akan kembali aktif berlakon selepas pulang daripada Umrah selewat-lewatnya sekitar pertengahan Januari 2017.
“Tawaran sudah ada untuk memenuhi slot drama stesen tv swasta, untuk projek-projek lain masih belum ada lagi.
“Cuma untuk azam tahun 2017, saya harap karier seni saya terus relevan dan terus memperbaiki mutu lakonan dari masa ke masa.
“Cari rezeki untuk isteri dan anak-anak agar kehidupan kami anak beranak berada dalam aman dan mengembirakan,” katanya.