My Sweet Lavender merupakan drama terbaru terbitan Orangetree Production yang membariskan pelakon popular tanah air seperti Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, dan Haliza Misbun. Drama bersiri sebanyak 20 episod itu diarahkan oleh Bahri Uma bersama Azmi Hatta. Akan ditayangkan di TV9 pada bulan ramadan nanti.
JUDUL : MY SWEET LAVENDER
TARIKH / MASA : Mei 2017
SIARAN TV : Slot Azalea (TV9)
PENGARAH : Bahri Uma / Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Haliza Misbun, Arel Azimi, Alis Mariya
WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Amirul
Zara Zya sebagai Laila
SINOPSIS MY SWEET LAVENDER
Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal.
Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.
Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.
Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.
Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila?