Drama bersiri Terima Aku Seadanya akan menemukan gandingan Puteri Aishah dan Nazim Othman. Drama 20 episod terbitan Filmscape Sdn Bhd, dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan disiarkan menerusi saluran ntv7.
JUDUL : TERIMA AKU SEADANYA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Julai 2018
SIARAN TV : Slot GlamaDrama (ntv7)
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Daler Yusuf, Natasha Elyzza, Jesse Lim, Khaty Azian
WATAK PELKON
Nazim Othman sebagai Irfan
Puteri Aishah sebagai Kamelia
Julia Farhana Marin sebagai Sahara
SINOPSIS TERIMA AKU SEADANYA
Mengisahkan seorang gadis bernama Kamelia yang merupakan seorang pereka dalam yang berjaya. Namun beliau telah ditipu oleh tunangnya iaitu Edry dan curang bersama rakan baiknya Sahara.
Oleh kerana fizikal badan yang jauh sekali berbeza berbanding Sahara yang kurus dan cantik, Kamelia cuba untuk berubah dengan menurunkan berat badannya.
Bagi memenangi hati Edry kembali, segala jenis pil kurus dicuba oleh Kamelia, Namun semua itu hanyalah sia-sia sahaja.