eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Biar Betul Manusia Berhidung Besar Kurang Risiko Dijangkiti Penyakit

gambar hiasan

Kajian terbaru membuktikan bahawa mereka yang memiliki hidung besar mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari aspek kesihatan. Para penyelidik mendapati bahawa hidung yang lebih besar mampu menyedut kurang tujuh peratus bahan tercemar dari hidung bersaiz kecil.

Malah ianya turut menjadi penghadang untuk menangkis kuman dari mulut. Bukan itu sahaja, mereka yang berhidung besar bahkan dapat mengurangkan kesan alahan yang disebabkan oleh debunga mahupun debu yang akan menyebabkan hidung dan mata berair.

Penyelidik juga menyatakan bahawa mereka yang memiliki struktur wajah yang biasa (normal) seperti hidung dan bibir akan mengurangkan ‘kecekapan pernafasan’ dan memudahkan debu dan bakteria masuk ke dalam badan. Kajian itu dibuktikan dengan menggunakan beberapa orang sebagai sampel.



Manakala para pengkaji dari University of Lowa, Amerika Syarikat telah mencipta dua hidung palsu di mana salah satu daripadanya mempunyai saiz 2.3 kali lebih besar. Kedua-dua hidung tadi diletak pada dua kepala palsu yang mempunyai bibir juga dalam saiz yang berbeza. Bibir menutup hujung tiub dan menarik udara yang megandungi pelbagai zarah.

Hasilnya, hidung besar telah menyedut 6.5 peratus zarah (lebih sedikit) berbanding dengan kepala yang berhidung kecil. Sementara itu, bibir yang tebal (besar) juga menyedut kurang 3.2 peratus zarah berbdanding bibir yang nipis.

Kajian berkenaan telah diterbitkan dalam journal Annals Of Occupational Hygiene.

Dr Renee Anthony, Pembantu Profesor di Jabatan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran di University of Iowa, yang mengetuai kajian itu, menejelaskan bahawa

“Hidung yang besar dapat memberikan perlindungan lebih baik kepada mulut. Ia boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.”