eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tergamak Pasangan Suami Isteri Iklan Jual Anak

Tergamak ibu bapa dikatakan menjual anak lelakinya di sebuah laman web iklan pada harga kira-kira A$50 (RM144.45).

Satu posting menunjukkan sekeping gambar budak lelaki itu bersama keterangan: "Budak ini untuk dijual, lima puluh (dolar Australia). Boleh dihantar atau ambil. Jantina lelaki".

Lebih mengejutkan 'iklan' tersebut disenaraikan di bawah 'permainan outdoor' dan dilaporkan alamat untuk mengambilnya di Darwin, Australia.

Menurut portal berita news.com.au, ia dimuat naik di laman web belian dan jualan pada hujung minggu lalu. 

Laman web berkenaan, Gumtree Australia memberitahu 7NEWS.com.au bahawa iklan seumpama itu tidak akan diterima di dalam platform tersebut.

Menurut terma dan peraturan Gumtree Australia, ia menyatakan antara yang tidak dibenarkan di laman web itu adalah 'darah, tubuh bendalir dan bahagian badan' dan ia turut tidak membenarkan iklan anak angkat. - Mirror UK