Sebaliknya, naskah yang lebih ringan dan berunsurkan komedi dilihat lebih mencuri perhatian ramai seperti drama terbaru yang berjudul ‘Kampung People’ ini.
Keluarga bandar terpaksa pindah masuk kampung
Tampil dengan plot berbeza, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang mahu mengelakkan diri daripada menjadi saksi insiden jenayah yang dilakukan oleh majikannya. Atas sebab itu, dia bersama keluarga terpaksa menukar identiti mereka dan berpindah tinggal di sebuah kampung. Satu demi satu kejadian lucu berlaku apabila mereka cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru tersebut. Selain dibarisi pelakon otai lain, teraju utamanya adalah Elly Mazlein (Mona/Aminah) dan Rashidi Ishak (Razif/Abu Bakar).
Pelakon baru & kanak-kanak comel curi tumpuan
Dalam pada itu, peranan Riena Diana DFKL dan Kamarul Eqifshah sebagai anak-anak dalam keluarga itu turut tidak kurang hebatnya. Meskipun baru 3 episod bersiaran di televisyen, namun gelagat watak Laila dan Adam bersama ibu bapa mereka sangat melucukan. Mana tidaknya, bukan senang keluarga tipikal bandar yang terpaksa belajar hidup di kampung. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah apabila Adam panggil ibunya sebagai bibik tatkala terjaga daripada tidur.
Semua masuk air…lagi best daripada cerita cinta Melayu
Ternyata drama yang membawa tema lain daripada lain ini telah mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen. Selain terhibur melihat penampilan lucu dan gelagat ‘masuk air’ setiap watak dalam drama itu, mereka turut teruja dapat menyaksikan drama yang tiada kisah cinta klise seperti ini.
Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official & IG dramasangat