Pada episod 3 mereka menziarahi kawasan dalam Masjid Nabawi. Mereka juga berkongsi pengajaran dari kisah-kisah sejarah yang diceritakan oleh Mutawif yang terkesan di hati mereka.
Di episod 4 mereka berkongsi pengalaman mengembara di sekitar Madinah. Mutawif turut membawa mereka melawat Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW setibanya baginda di bumi Madinah.