eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

INI Cara Mohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)



Pengumuman Bantuan Prihatin Nasional ini adalah salah satu inisentif kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang memastikan tiada golongan yang tercicir pada waktu ini.


Menjelaskan secara terperinci mengenai bantuan ini dengan mengambil contoh Mak Cik Kiah bersama keluarganya, rata-rata rakyat menerima berita baik tersebut. Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah proses mohon Bantuan Prihatin Nasional ini?

Susulan itu Kementerian Kewangan Malaysia berkongsikan cara untuk mohon Bantuan Prihatin Nasional dan ini antara butirannya.



Untuk info Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedia ada.

Manakala bantuan bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jadi buat anda yang belum berdaftar bolehlah melakukan permohonan menerusi laman web LHDNM iaitu di www.hasil.gov.my bermula 1 April 2020.

Pembayaran bantuan ini pula akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada bulan April dan Mei 2020. Namun sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Kementerian Kewangan di talian 03-88829089/03-88829087/03-88824565/03-88829191/03-88824566 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.