Menurut pelakon tersebut, bulan puasanya dipenuhi dengan aktiviti bertadarus dan menunaikan solat terawih secara berjemaah bersama pesakit lain dengan jarak yang mengikut SOP.
Dia juga memaklumkan bahawa menyambut puasa di sana bersama para pesakit yang lain. Ashraf turut memuat naik aktivitinya sepanjang dikuarantin di dalam wad sejak hari pertama di sana.
Isi masa terluang dengan pesakit lain
Tambah Ashraf lagi, kehidupan mereka yang jauh dengan keluarga ketika Ramadan ini sedikit terisi apabila bersama-sama berkongsi kisah nabi, bertadarus dan lebih banyak melakukan ibadah sepanjang dikuarantin.
Hal ini menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen kepadanya berkenaan aktiviti yang dilakukan semasa sedang dirawat sebagai pesakit Covid-19.