Semalam, tular diperkatakan mengenai seorang lelaki yang sudah sebulan tidak dapat bekerja, bertindak tekad untuk pulang menemui keluarga ke Tanah Merah, Kelatan dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur dengan jarak jauh 428 kilometer.
Sampai rumah dah
Dalam maklum terbaru menerusi status terkini Facebook lelaki itu, Matnoe Poksu Din, memaklumkan bahawa dia telah sampai ke rumah dengan selamat kira-kira pukul 11 malam tadi.
Terima kasih membantu
Buat saringan Covid-19 dulu
Menurut status di Facebook, lelaki tersebut yang sudah dapat berjumpa isteri dan anak, kini bersiap sedia untuk ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
Tekad jalan kaki sebenarnya anak bagi inspirasi
Mengimbau kembali bagaimana lelaki ini boleh tekad untuk berjalan kaki, rupa-rupanya anak kecilnya menjadi inspirasi menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk pulang berjumpa keluarga.
Sumber:Matnoe Poksu Din & Sara Anisa