Terdahulu, berita ada melaporkan Sebanyak 28 kes positif COVID-19 direkodkan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, dengan satu kematian membabitkan warga Myanmar berusia 36 tahun.
Justeru, baru-baru ini tular beberapa video di Facebook memaparkan pasukan polis dan kakitangan KKM terpaksa menunggu dalam hujan lebat berikutan terdapat sebuah dihuni warga Myanmar enggan beri kerjasama untuk menjalani saringan.
Warga asing tunjuk keras kepala
Kejadian yang dikatakan berlaku di Pasar Borong KL, menyaksikan, beberapa anggota polis dan petugas KKM terpaksa berhujan semata-mata mahu meminta warga Myanmar tersebut membuka pintu.
Polis terpaksa pecah tingkap
Bagaimana pun, mereka masih berkeras untuk tidak mengikut arahan yang diberikan, membuatkan pihak polis terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
Diharapkan selepas ini mereka lebih memberikan kerjasama, kerana sifat degil inilah yang menjadi faktor penularan Covid-19 terus bertambah.
Sumber : Bunga Aprell