Drama adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin akan menemui penonton
di RTM TV1 pada bulan Ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Saharul
Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar,
Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star
United. Akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan pukul 7 malam di TV1.
JUDUL : KORBAN KASIH
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar,
Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan,
Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Jalil
Azrel Ismail sebagai Jamil
Zara Zya sebagai Fatimah
Ummi Nazeera sebagai Aisha
Dynas Mokhtar sebagai Norizah
Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
Nadiyah Shahab sebagai Fika
Elnisa Ryun sebagai Farah
Riz Amin sebagai Fuad
Meor Mohd sebagai Hassan
SINOPSIS KORBAN KASIH
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat
perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa
ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian
ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah
berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis
sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah
pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai
murni.
Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang
disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu
Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan
seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan
ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.