eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Jep buat lawak sikit… sikit pun takpe, tak nak banyak

Dari awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, video dihasilkan oleh Jep Sepahtu lalu dikongsikan menerusi Instagram miliknya mencuit hati ramai namun dia tetap menekankan tentang duduk dirumah.

Malah, dia turut acap kali memuat naik video pergorbanan dan menghargai jasa petugas frontliners atau petugas barisan hadapan yang berkerja dalam membanteras wabak Covid-19 ini.

Dalam pada masa yang sama, dia juga sudah beberapa kali memuat naik video yang bikin ramai terhibur apabila dia berkongsi aktiviti dilakukannya di rumah seperti memasak, lipat baju dan sebagainya.

Namun, lepas lima hari pelawak ini akhirnya memuat naik posting yang sekali gus menjadi perhatian pengikutnya yang sudah mencecah 3.9 juta.

Dalam perkongsiannya kali ini, apa yang lebih menghiburkan dalam dia berkongsi foto anaknya namun terselit juga fotonya lengkap berpakaian pemain bola sepak.


Sejak ada kamu, abah dah tak pikir sangat pasal abah. Semua fikiran tu untuk kamu. Cuma malam ni baru abah terfikir, boot abah beli tu baru pakai 2 kali je rupanya,” ujarnya mengenai boot yang dipakainya itu.
Meskipun hanya menulis kapsyen sebegitu, rata-rata merasa terhibur dan menghargai pelawak ini yang tidak bosan menghiburkan mereka.