Terbaru, cabaran solekan No Rush Challenge menjadi tular di TikTok serta media-media sosial yang lain selepas ramai yang menyertai cabaran itu bersama rakan-rakan.
Dalam video no rush challenge, seorang individu pada mulanya tampil dalam pakaian biasa tanpa solekan, sebelum mengubah penampilan mereka menjadi glamor., Ini Respon Netizen
Individu tersebut kemudiannya akan ‘pas baton’ dengan memberikan atau mencampakkan berus mekap kepada rakan mereka.
Baru-baru ini beberapa artis Malaysia telah menyahut cabaran itu, salah seorangnya adalah pelakon berwajah babyface, Nora Danish.
DONT RUSH CHALLENGE with KAKAK CANTIKS ❤️ pt1 pic.twitter.com/IFYawKGtPC— FarhannaQismina (@Sweetqismina) April 17, 2020
Penampilan Nora dalam video yang dikongsikan oleh pelakon muda Sweet Qismina di Twitter telah mencuri tumpuan netizen sehingga namanya trending.
Selain Nora dan Qismina, video itu juga disertai oleh pelakon-pelakon popular seperti Emma Maembong, Ruhainies, dan Janna Nick.
Sumber: Twitter