eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Rakyat Malaysia Seharusnya Bersyukur", Ini Menu Berkhasiat Di Pusat Kuarantin, Dijamu 5 Kali Sehari

Baru-baru ini timbul isu daripada segelintir yang dikuarantin di pusat kuarantin tersebut, katanya menu makanan yang mereka terima tidaklah ‘sehebat’ mana.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya menu makanan yang pihak KKM sediakan untuk mereka di sana?

Benarkah dakwaan segelintir golongan tersebut yang mengatakan makanan di pusat kuarantin tidak bagus?

Bahagian Pemakanan KKM menerusi Facebook telah berkongsi gambar-gambar menu yang disediakan khas untuk mereka yang dikuarantin.

COVID-19 MENU BERKHASIAT DI PUSAT KUARANTIN MALAYSIA

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Antara contoh menu yang disediakan oleh kerajaan Malaysia di Pusat Kuarantin COVID-19 di Kuala Lumpur dan dipantau oleh nutritionist (pegawai sains pemakanan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menu yang seimbang, pelbagai dan cukup nutrien siap dikirakan kalori.

Layanan sebegini belum tentu akan dapat di negara lain.

Selama berada di pusat kuarantin, kerajaan Malaysia akan menjaga makan minum lima kali sehari.