Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat 1, 111 pertambahan kes jangkitan Covid-19 di negara itu setakat 12 tengah hari tadi.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi, majoriti yang dijangkiti adalah pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Manakala, 20 kes lagi adalah warga Singapura atau penduduk tetap.
“Kami masih sedang meneliti perincian kes dan kemaskini lebih lanjut akan dikongsikan menerusi siaran akhbar MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” kata MOH menerusi kenyataan itu.
As at noon today, Singapore's Ministry of Health has preliminarily confirmed 1,111 new cases of #COVIDー19 infection, tally at 9,152 pic.twitter.com/cbG1kwjxiC— BERNAMA (@bernamadotcom) April 21, 2020
Sumber: Ministry of Health, Singapore