eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Berdua lakonan Faizal Hussein (AL)

Saksikan telefilem 'Berdua' hasil garapan pengarah Wan Afzam Wan Daud akan disiarkan pada Sabtu ini, 22 Februari ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Panggung RTM di TV1.

JUDUL : BERDUA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Februari 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : Amin Masyhur
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON :  Faizal Hussein (AL), Sangeetha Krishnasamy (Sutera), Gambit Saifullah (Papot), Che Kem (Farouk), Zaidi Omar, Aidaruyati, Zarul Umbrella, Roslan Saleh, Sherry Aljefri, Yusran Hashim

SINOPSIS BERDUA

Sutera merupakan peguam yang telah menyebabkan Al dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Akan tetapi, beliau cuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan membuat rayuan daripada pihak mahkamah terhadap kes Al. Mahkamah bersetuju dengan rayuan Anum, dengan syarat Al perlu menjalani parol dan dibuang daerah selama beberapa tahun.

Al yang menjalani parol di kampung tersebut mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehinya semasa dipenjara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Beliau membuat kerja-kerja kampung seperti membaiki kerosakan perkakasan elektrik, jurupaip, membersihkan kebun dan sebagainya dengan menawarkan harga yang berpatutan. Hal itu tidak disenangi oleh beberapa penduduk lain yang sering memperlekehkan kredibiliti beliau sebagai bekas banduan.

Pertemuan Al dan Sutera secara tidak sengaja terjadi apabila berlaku litar pintas di pusat khidmat masyarakat yang memaksa Sutera untuk mendapatkan khidmat juruelektrik. Seorang anak murid beliau meminta Al untuk membantu membaiki masalah tersebut. Detik itu menjadi permulaan kepada perhubungan mereka.

Kehadiran Papot yang merupakan seorang lagi bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh Sutera atas kesalahan juvana menimbulkan konflik antara mereka. Papot sangat mengidolakan keperibadian Al sepanjang berada dipenjara. Melihat kemesraan antara Sutera dan Al menimbulkan ketidaksenangan hati Papot yang ingin membalas dendam terhadap Sutera.