Sebanyak 179 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara hari ini. Angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 3,662 setakat Ahad (5 April 2020)
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media perkembangan Covid-19 yang diadakan sebentar tadi.
Daripada jumlah tersebut, 99 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham turut mengumumkan bahawa sebanyak 3 kematian hari ini dan ianya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 61 orang.
Sumber:KKMTERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
5 April 2020 (Ahad)
Kes baharu 179
Keseluruhan 3,662
Rawatan di ICU 99
Bantuan alat pernafasan 48
Kematian terbaharu 4
Keseluruhan 61 pic.twitter.com/qzSGyvgOVo