Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdulllah pada hari ini mengumumkan bahawa seramai 60 kes dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari wad.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih adalah 827 kes atau 24.8% daripada jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini, 3 April 2020.
Bagaimanapun, menurut Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kes positif meningkat kepada 217 kes pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 3,333 kes.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga kes kematian yang dilaporkan pada hari ini dan jumlah keseluruhan menjadi 53 kes.
Discaj— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 3, 2020
TERKINI #COVID19Malaysia
3 April 2020 (Jumaat)
Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 60 kes
Ini menjadikan 827 kes telah sembuh atau 24.81% daripada jumlah keseluruhan kes pic.twitter.com/v8PDEk1ljB
Sumber: KKM