eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TERKINI: 71 Kes Sembuh Dan Discaj Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Kes Baru

Putrajaya, 4 Mei- Sebanyak 71 kes sembuh COVID-19 telah direkodkan hari ini, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini,” katanya.

Tambah beliau, angka itu menjadikan kes pulih sepenuhnya 4,484 kes dari 6,353  kes di Malaysia.

Angka itu bersamaan 70.6 peratus kes sembuh direkodkan dari jumlah keseluruhan kes.


Sumber: KKM