eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: 45 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 45 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini.

Pertambahan 45 kes yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,428 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif yang tinggal berjumlah sebanyak 1,619. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

Dimaklumkan juga, daripada 45 kes baru hari ini, terdapat 1 kes import dilaporkan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan bahawa seramai 22 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi. Dan daripada jumlah itu, 9 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga berdukacita untuk memaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan kes kematian. Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 107 kematian atau bersamaan dengan 1.66% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM