eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Nazim Othman,Fizo Omar, Afifah Nasir

Nantikan drama adaptasi novel 'Pengantin Satu Malam' karya Sophilea di slot Akasia TV3. Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini. Akan datang pada bulan Ogos nanti.

JUDUL : PENGANTIN SATU MALAM
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 18 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Sophilea
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : A10 Alliance Sdn Bhd
PELAKON : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON

Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
Edika Yusof sebagai Dato Haris
Norish Karman sebagai Datin Roziah
Mustapha Kamal sebagai Zakaria
Susan Manen sebagai Asiah
Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina

SINOPSIS PENGANTIN 1 MALAM

Episod 1 - Zahred terpaksa tunda pernikahannya dengan Balqis untuk ke Jepun selama tiga bulan apabila ayah Balqis meminta hantaran RM30 ribu. Balqis terdesak untuk dapatkan duit bagi menyara hutang ayahnya. Zulaikha dalam dilema bila dilamar kekasihnya, Adli kerana risau akan berpindah ikut Adli ke luar negara selepas bernikah nanti. Haji Ramli yang ada hati pada Zulaikha buat pelbagai usaha untuk membeli jiwa keluarga Zulaikha

Episod 2 - Zahred kecewa apabila balik dari Jepun, ayahnya berkahwin dengan Balqis sehingga kemurungan dan mahu cederakan diri sendiri. Hj. Ramli berjaya bongkar kebenaran yang keluarga Adli tidak restui hubungan mereka lalu Adli terpaksa akur untuk selesaikan dengan keluarganya dulu.

SINOPSIS PENGANTIN 1 MALAM

Zahred Hadri yang membenci wanita dan  Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya. 

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika. 

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”

Satulam yang merubah segalanya… 
Antara nyawa si emak dan maruah diri…




promo #pengantinsatumalam