Menurut nuna, ibu mertuanya telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia iaitu sehari sebelum dia dan suami bernikah.
Tarikh yang banyak kenangan
Nuna memaklumkan bahawa pada tarikh pernikahan mereka sememangnya menyimpan banyak kenangan yang melibatkan dia dan suami. Namun, tidak menyangka bahawa tarikh tersebut juga adalah tarikh paling sedih buat mereka terutamanya keluarga suami.
Tak sempat sarung cincin di jari menantu
Menurut wanita itu lagi, dia dan suami sepatutnya bertunang dahulu pada malam sebelum bernikah, namun hasrat ibu mertuanya untuk menyarungkan cincin tidak kesampaian kerana pergi dijemput Ilahi disebabkan kecederaan parah semasa kemalangan.
Mohon sam2 sedekahkan al-Fatihah
Di akhir perkongsian tersebut, nuna memohon agar sesiapa yang membaca perkongsian yang dibuat dapat sama-sama menyedekahkan al-Fatihah buat roh allahyarham ibu mertuanya.
Dia juga berharap agar warganet boleh mendoakan sama mereka sekeluarga kuat menghadapi dugaan berat ini.
Allah sedang menguji
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat pasangan pengantin baharu tersebut. Mereka juga akui berasa sebak dan sedih apabila pasangan itu terpaksa menghadapi berita duka dikala mereka sepatutnya gembira diatas pernikahan. Salam takziah.
Sumber: nuna