Drama ‘berhantu’ 7 Hari Mencintaiku kini telah membuatkan ramai penonton setianya bermain dengan emosi.
Namun, tidak dapat disangkal lagi para pelakonnya telah memberikan lakonan yang mantap dan penuh jiwa dalam setiap babak yang dipaparkan.
Mengalir air mata Pak Samad
Antara yang layak mendapat pujian, adalah babak antara Mak Leha dan Pak Samad lakonan Kazar dan Liza Abdullah yang telah berjaya meruntun jiwa penonton.
Runtunya jiwa seorang ayah
Dalam babak itu, runtunnya jiwa seorang suami dan ayah melihat kebahagiaan keluarga mula musnah, yang dilakonkan Kazar begitu menyentuh hati.
Syabas diucapkan buat para pelakon dan produksi yang menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku ini, telah menyuntik satu kualiti baru dalam drama Melayu.