Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 432 kes positif termasuk 429 kes tempatan (409 warganegara dan 20 bukan warganegara) dan 3 kes import yang dilaporkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, jumlah kumulatif terus meningkat kepada 12,813 kes dengan mencatatkan jumlah aktif sebanyak 2336.
Perkara ini dilaporkan melalui laman Facebook dan Twitter rasmi KKM sebentar tadi. Setakat hari ini 5 Oktober 2020 terdapat 57 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 10340 kes.
Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 137 kes. Daripada jumlah kes aktif Covid-19, KKM mengesahkan seramai 32 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 8 pesakit memerlukan bantuan penafasan.
Terkini. 5 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 432 - (429 tempatan, 3 import) tertinggi sejak wabak ini melanda negara kita Malaysia🇲🇾.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 5, 2020
Malaysia recorded the highest number of new #COVID19 cases today at 432 with 429 local transmissions and 3 imported cases. pic.twitter.com/AA30MRlFe1
Terkini #COVID19Malaysia 5 Okt 2020
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 5, 2020
Kes sembuh=57
Jumlah kes sembuh= 10,340 kes
Kes positif= 432
(kes import=3, kes tempatan=429)
Jumlah positif= 12,813 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 137 kes
Kes dirawat di ICU= 32 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 8 kes pic.twitter.com/gThN1iuy4g
sumber:KKM