eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Tercipta Satu Ikatan Lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha

 




Nantikan drama 'Tercipta Satu Ikatan' adaptasi novel karya Laydee Amarfi bakal disiarkan di slot MegaDrama Astro ria. Menampilkan gandingan utama Aeril Zafrel dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

JUDUL : TERCIPTA SATU IKATAN
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2020/2021
WAKTU SIARAN :  Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENULIS NOVEL : Laydee Amarfi
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Sophia Barakbah, Izzue Islam, Fyda, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel

WATAK PELAKON 
Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Sophia Barakbah sebagai Risa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Fyda sebagai Qish

LAGU TEMA / OST
Adira - Kesempatan Bagimu

SINOPSIS TERCIPTA SATU IKATAN

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. 

Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Because I love you - Daniyal

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. 

Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa

Don't do this, Risa.  I don't want to fight with my own sister. - Daniyal

Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

GAMBAR PELAKON