eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose

Drama Rindu awak Separuh Nyawa -Astro ria

Tonton drama adaptasi novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin, terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa bakal menemui penonton mulai 23 Mac 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA #rinduawakseparuhnyawa
TONTON EPISOD :1- 48
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim 
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Fizo Omar sebagai Aidil
Norreen Iman sebagai Qistina
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izzudin
Rahim Jailani sebagai Dato Halim
Khaty Azean sebagai Datin Khadijah 
Khairil Anwar Aman sebagai Dato Raqib
Noorkhiriah sebagai Kak Munah 
Aleza Shadan sebagai Kak Esah
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Farouk Hussain sebagai Kader Salimm
Farah Nadia sebagai Fatin 
Farez Ridzwan sebagai Agil
Fareez Fauzi sebagai Malik
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
Fiza Thomas sebagai Sally
Munira Iwan sebagai Azminda
Mak Wan Latah sebagai Mak Cik Bibah
Silfeny Osman sebagai Anis 
Puteri Rafasya sebagai Mah 

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Rindu Separuh Nyawa
Penyanyi : Naqiu, Vanessa Reynauld
Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen 
Lirik : Siti Rosmizah
Link Muzik Video 

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.

Episod 1
Hubungan Kasih Maisara dan papanya Dato Raqib mula tegang selepas pemergian mamanya. Untuk membalas segala rasa marah dan sakit hatinya kepada Dato Raqib. Maisara membatalkan majlis pertunangannya bersama Aidil membuatkan Dato Raqib malu kepada keluarga Aidil lebih-lebih lagi, Maisaralah yang mahu bertunang dengan Aidil.

Episod 2
Hubungan Maisara dengan seorang pelajar lelaki bernama Nazril semakin tegang. Maisara semakin bengang bila Nazril sama tidak mahu mengalah. Sally mencabar Maisara untuk memikat Nazril. Maisara yang pantang dicabar, menyahut cabaran itu.

Episod 3
Nazril bertemu Aidil setelah kejadian Maisara menyatakan cintanya. Dia sendiri malu dengan kejadian itu apabila ramai mata melihat adegan itu. Maisara terus mengganggu Nazril dengan panggilan telefon yang akhirnya emak Nazril yang menjawab panggilan itu dan Maisara tanpa segan silu mengatakan dia mahu berkahwin dengan Nazril.

Episod 4
Nazril masih was-was dengan Maisara, dia dapat merasakan kemungkinan Maisara hanya ingin membalas dendam sahaja. Qistina yang menyaksikan semua usaha Maisara mendapatkan Nazril semakin jelak kerana dia sendiri ‘loya’ melihat lakonan Maisara.

Episod 5
Maisara terlantar dihospital setelah kejadian dilanggar motor. Nazril lah yang menghantar Maisara ke hospital dan juga menghubungi Dato Raqib. Nazril terdengar perbualan antara Maisara dan Dato Raqib. Ada sesuatu yang bermain difikiran Nazril, kerana dari kata-kata Maisara, ada sesuatu rahsia yang disimpan bersama Dato Raqib.

Episod 6
Maisara kelihatan kurang senang apabila semua orang mengatakan dia bertuah menjadi isteri Nazril. Nazril pula rasa bersalah kerana merahsiakan perkahwinan itu dari keluarganya dan memungkiri janjinya.

Episod 7
Nazril tidak putus asa menunjukkan kasih sayangnya sejak mereka bersama, tetapi Maisara lebih berjaga-jaga supaya tidak 'tewas' dengan Nazril. Maisara bengang kerana Nazril membawanya ke rumah sewa Nazril.

Episod 8
Kemahuan Nazril supaya Maisara mula bertudung ke kelas menjadi perdebatan. Maisara semakin begang dengan ‘peraturan’ yang ditetapkan oleh Nazril dan Nazril juga tidak mahu Maisara menyakit hati papanya lagi dan nasihat itu didengar endah tak endah oleh Maisara.

Episod 9
Maisara melihat Nazril yang terlena di tepi tilam sebelahnya walaupun hanya berlapiskan comforter, dia tertanya-tanya pada dirinya, adakah dia patut simpati melihat keadaan Nazril begitu sedangkan Nazril yang menjadikan hidupnya mereka begitu. Nazril pula terus istiqamah walaupun Maisara banyak menguji kesabarannya.

Episod 10
Maisara mula terkesan dengan perbuatan Nazril yang betul-betul memperlihatkan kasih sayangnya. Maisara mula merasakan sesuatu yang ganjil pada perasaannya terhadap Nazril. Satu lagi rahsia yang menjadi tanda tanya buat Maisara apabila Dato Raqib berkata sesuatu mengenai mamanya dekat Datin Khaty.

Episod 11
Nazril merasa banyak perubahan yang telah berlaku pada Maisara. Maisara sedikit sebanyak telah dapat menerima keadaan dirinya selepas berkahwin. Maisara juga sudah mula mengambil berat tentang suaminya. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Maisara rasa kecewa dengan Nazril dan mahu keluar dari rumah.

Episod 12
Akan dikemaskini

Episod 13
Akan dikemaskini

Episod 14
Nazril membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Aidil kepada Maisara. Hatinya tersentuh dengan jawapan yang diberikan isterinya kepada Aidil. Guruh berdentum dan Maisara terjaga dari tidur dan teringat yang Nazril telah pulang ke kampung.

Episod 15
Kemarahan Maisarah terhadap Nazril sudah sampai kemuncaknya. Sehinggakan Maisarah menyuruh sahaja Nazril berkahwin dengan Huda kerana Huda mempunyai ciri-ciri yang diimpikannya.

Episod 16
Maisara hairan apabila Nazril tiada di rumah. Dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal. Maisara terpandang akan nota yang terselit di celahan almari. Dia mengambil dan membaca nota itu yang mana Nazril tidak akan kembali lagi.

Episod 17
Akan dikemaskini

Episod 18
Huda berniat tidak baik dengan membngkar rahsia perkahwinan kepada Nazril. Nazril yang sangat marah dan kecewa itu telah pergi berjumpa dengan rakannya dan memberitahu kesemua yang diceritakan daripada Huda. Nazril ambil keputusan untuk meninggalkan Maisara dan pulang ke kampung sahaja. Maisara yang mendapat tahu berita terkini mengenai Nazril bertindak mahu pergi ke kampung halaman Nazril untuk perhtungan.

Episod 19
Akan dikemaskini

Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28
Episod 29
Episod 30

Episod 36 - Berderai air mata Nazril dan mulutnya tidak lepas mengungkap kata maaf kepada Maisara sebaik membaca surat yang diberikan. Lencun wajah Nazril dengan air mata bila teringat kenangannya bersama Maisara.

Episod 37 - Umi menasihati Nazril agar kuat hadapi dugaan. Nazril berbisik, dia 'rindukan Maisara separuh nyawa'. Mereka terdengar Mah menjerit 'kak sara tak mati' berulang kali. Mereka terkejut dan tidak percaya.

Episod 38 - Nazril terkejut Maisara ada di rumah sewa mereka dan sedang meracau kerana demam. Nazril buat apa yang mampu untuk mengurangkan panas dan demam. Maisara sedar dan terkejut melihat Nazril berada di situ.

Episod 39 - Ada saja yang Nazril lakukan untuk memujuk isterinya supaya batalkan niat untuk bercerai, tetapi semuanya gagal. Maisara betul-betul menutup hatinya buat Nazril tetapi Nazril tidak mengalah.

Episod 40 - Maisara berkata, hidup tanpa cinta, ibarat rumah tiada penghuni. Walaupun sebesar Istana tetapi tiada serinya. Nazril berjanji dia tidak akan tinggalkan Maisara lagi, hanya maut yang akan memisahkan mereka.

Episod 41 - Permergian Maisara sangat memberi kesan kepada Nazril. Qistina pula rasa sangat marah dengan Huda dan menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku tentang kandungan Maisara.

Episod 42 - Huda merayu dengan Umi dan Nazril supaya memberi peluang kepadanya untuk mengisi hati Nazril yang terluka itu dan meminta mereka disatukan. Nazril yang makin hilang arah kerana pemergian Maisara.

Episod 43 - Huda mengugut Mak Su Esah supaya tidak memberitahu Umi dan Nazril kerana dia tahu Umi takkan percaya kata-kata Esah. Disudut hati Nazril masih percaya Maisara masih hidup dan tidak akan putusasa mencarinya

Episod 44 - Qistina mendapat tahu bahawa Maisara masih hidup dan paksa Aidil untuk beritahu lokasi Maisara berada. Nazril merayu-rayu meminta maaf dekat Maisara dan menyesal dengan perbuatan dia sebelum ini.

Episod 45 - Qistina cuba memujuk Maisara untuk maafkan Nazril tetapi Maisara tetap dengan pendirian dia. Maisara kini memilih Aidil sebagai pasangan hidupnya kerana Aidil lebih menghargainya daripada Nazril.

Episod 46 - Nazril beli rumah sewa mereka untuk Maisara terus tinggal dirumah itu. Maisara dapat tahu tentang itu dan buat keputusan untuk keluar dari rumah itu. Nurul Huda juga menyesal dengan perbuatan dia.

Episod 47 - Nazril tetap tidak putus asa dan cuba untuk memikat kembali hati Maisara. Nazril makan rendang yang Maisara masak, beli buah durian, masakkan bubur durian. Nazril cuba tebus kesalahannya yang dulu.

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa

#fullepisod #rinduawakseparuhnyawa #2021 #Episod 1-60

PROMO RINDU AWAK SEPARUH NYAWA