Drama slot Akasia, Cinta Sekali Lagi telah pun melabuhkan tirainya malam tadi. Sebuah drama mengenai Amanda (Nelydia Senrose), Fahad (Saharul Ridzwan), Amani (Hannah Delisha) dan ramai lagi. Ceritanya mengisahkan mengenai Amani yang sering cemburu dengan kakaknya sendiri, Amanda.
Amani yang sangat tamak berkahwin dengan seorang lelaki yang disangkakan kaya, namun tidak berpuas hati. Disebabkan itu dia cemburu dengan kakaknya dan mahu memiliki abang iparnya sendiri. Amani menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan rumahtangga kakaknya sendiri dan pelbagai lagi perkara jahat yang dilakukannya.