Dad 101:pic.twitter.com/hLEzQbVx1r
— Rex Chapman🏇🏼 (@RexChapman) January 22, 2021
Dalam video yang tular di Twitter itu, lelaki tersebut yang dilihat sedang mendukung anak perempuannya berkata peraturan pertama dalam cara untuk menjaga bayi adalah sentiasa berdiri atau berjalan mundar mandir apabila mendukung bayi.
Dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan terfikir untuk duduk ketika mendukung bayi mereka kerana perkara itu akan membuat bayi menangis, sambil mendemonstrasikan aksi itu sendiri yang membuat anaknya menangis.
Bapa itu juga akhirnya mempelajari cara untuk mengelak anaknya dari menangis apabila dia mendukung bayinya sambil duduk.
Sebaik dia melihat anaknya membuka mulut untuk menangis apabila dia duduk di kerusi, lelaki itu terlebih dahulu merengek dan membuat bising untuk mengalihkan perhatian anaknya.
Gelagat lelaki tersebut yang cuba untuk memahami sikap anaknya membuat ramai yang cair.