eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Baru Semalam Tular Hari Ini Ebit Lew Dah Sampai Ziarah Makcik Hilang Rumah Dibawa Banjir

 


Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyut dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang.

Tular di media sosial

Pastinya gambar diperoleh dari Bernama dan dikongsikan semula oleh wartawan berita itu menyentuh hati warganet kerana sayu melihat kediaman yang hanya tinggal tapak serta serpihan-serpihan sisa rumah tersekat di pokok-pokok  tidak jauh dari tapak asal rumah.

Ebit Lew datang beri sumbangan

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda yang sememangnya tidak asing lagi dalam urusan membantu masyarakat iaitu Ustaz Ebit Lew telah tampil menziarahi wanita terbabit yang dikenali sebagai Rafiah Jamaludin.

Menurut Ebit Lew, ketika beliau sampai, wanita warga emas itu sedang mengutip barangan yang masih boleh dipakai untuk membina rumah di kebunnya di kawasan lain.


Dikesempatan itu, Ebit Lew telah memberikan sedikit sumbangan kepada makcik Rafiah bagi membolehkannya membeli barangan untuk membina kembali rumahnya yang sudah ranap itu.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 69 tahun terbabit tetap bersyukur kerana dengan musibah ini, dia dapat bertemu dengan pendakwah yang menjadi kesayangan warga Malaysia.