eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bayi 4 Bulan Diberi Minum ‘Minuman Keras’, 4 Suspek Termasuk Bapa Saudaranya Ditahan

 


Seorang lelaki di Gorontalo, Indonesia telah ditahan pihak polis selepas didakwa menyuapkan minuman keras kepada anak saudaranya yang berusia empat bulan, lapor Tribun.

Ketua Polis Kota Gorontalo, AKBP Desmont Harjendro menyatakan bahawa kes tersebut bermula selepas bayi empat bulan itu menangis.

Pada ketika itu, lelaki tersebut bersama dengan lima lagi rakannya sedang asyik meminum minuman itu di rumah ibu bapa bayi tersebut pada hari Rabu.

Semasa kejadian, ibu bapa bayi tersebut sedang memasak di dapur.

Kerana menyedari bahawa bayi itu menangis, lelaki berkenaan telah mengambil inisiatif dengan menggendong bayi tersebut.

“Tidak berapa lama selepas itu, dia berjaya menidurkan bayi berkenaan dalam di sebelahnya. Dia kemudiannya didakwa bertindak menuang bir dan minuman isotonik ke dalam botol susu bayi itu, lalu menyuap botol tersebut ke dalam mulut bayi berkenaan,” ujar Desmont.

Desmont memaklumkan bahawa lelaki itu telah memberi bayi berkenaan minum minuman tersebut sebanyak dua kali.

Tindakannya itu telah rakam oleh rakannya dan disebarkan ke media sosial sehingga akhirnya menjadi tular.

Setelah video tersebut menjadi tular, pihak polis telah bertindak melakukan siasatan dan berjaya menahan enam orang yang terlibat susulan daripada insiden itu.

Daripada enam orang itu, polis telah mengklasifikasi empat orang daripada sebagai suspek.

Ketiga-tiga rakan lelaki tersebut diklasifikasikan sebagai suspek kerana disyaki membiarkan tindakan lelaki itu.

Mereka telah ditangkap di daerah Sipatana, Kabupaten Koat utara, Kota Gorontalo pada Khamis malam.

“Terdapat satu akta berkenaan ‘membiarkan’ insiden itu terjadi boleh dipakai, termasuk pelaku utama yang sudah jelas bersalah. Yang lain ditahan kerana membiarkan kejadian itu berlaku,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Gorontalo, AKP Laode Arwansyah.

Menurut pihak polis, lelaki itu mengakui bahawa tindakan yang dilakukannya itu hanyalah sekadar bersuka-suka.

“Motifnya mungkin hanya untuk suka-suka, tetapi dia tidak menyangka bahawa ia akan menjadi tular seperti itu,” katanya.

Atas perbuatannya itu, pelaku dilaporkan boleh dikenakan hukuman minimum 2 tahun penjara, maksimum 10 tahun penjara.

Sumber: Tribun