eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak 5 tahun Positif Covid-19 Pesan Ibu Jaga Diri Sebelum Naik Ambulans Sorang-sorang Buat Netizen Rasa Sedih

 

\

Umum sedia maklum kes positif Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan. Kenaikkan jumlah kes positif telah mencecah angka lebih daripada 3,000 kes dalam masa sehari.

Ketika ini, semua golongan tidak kira muda atau pun tua, masing-masing mempunyai risiko yang sama besar dijangkiti wabak berbahaya ini.

Kanak-Kanak Positif Covid-19
Menerusi perkongsian di sosial media TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian wargaet.



Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak Nangis, Pesan Dekat Ibu Jaga Diri
Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.