eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dua Kanak-Kanak Nigeria Fasih Berbahasa Melayu, “Macam Alih Suara”

 


Bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu antara yang harus kita banggakan. Apatah lagi apabila bangsa selain Melayu dan bukan warganegara mampu berbicara menggunakan bahasa kebangsaan dan cukup fasih sekali. Bukan sesuatu yang pelik apabila orang selain dari rakyat Malaysia mampu berbahasa Melayu dengan lancar.

Sama seperti dua kanak-kanak Nigeria dalam video yang tular baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut kedengaran dua kanak-kanak Nigeria fasih berbahasa Melayu berbual bersama seorang pemuda. Mendengarkan perbualan tersebut dua kanak-kanak itu cukup lancar bercakap.

Ditanya beberapa soalan oleh pemuda itu dan dua kanak-kanak tersebut dapat menjawab dengan selamba sekali. Berikut adalah rakaman dua kanak-kanak Nigeria fasih berbahasa Melayu yang dikongsikan ini:

Wow, memang cukup membanggakan! Mungkin juga mereka ini membesar dan bersekolah bersama anak-anak tempatan jadi disebabkan itu kanak-kanak ini mampu berbahasa Melayu dengan lancar.