Bagi setiap ibu bapa, meluangkan waktu bersama anak-anak yang sedang membesar adalah saat yang paling bermakna.
Walaupun terkadang keletah mereka boleh membuatkan ibu bapa pening namun setiap detik yang dilalui perlu dirakam dan disematkan dalam ingatan.
Bila anak-anak sudah dewasa nanti, detik itu mungkin boleh menjadi kenangan terindah buat mereka.
Sama dengan situasi yang tidak terjangka yang dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Ashikin Nofal, yang menyaksikan keletah comel anak lelakinya.
Menerusi video yang telah tular itu, anak lelakinya yang berusia empat tahun itu memberikan reaksi yang comel sehingga ‘menambat hati’ warganet.
Kanak-kanak itu dilihat sedang melukis menggunakan tablet bersama bapanya namun ada satu ketika ketika bapanya mengambil pen daripadanya, dia dilihat bagaikan ‘tidak berpuas hati’ dan mengeluh menahan sabar.
Menurut Ashikin, itu merupakan pertama kali dia melihat anaknya menahan sabar dan ia agak ‘mengejutkan’.
sumber: ieeko