eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ngeri, Ibu Didakwa Bunuh Anak, Mata Dicungkil Dan Lidahnya Dipotong Dengan Gunting Sebelum Dimakan

 


Seorang wanita di Brazil didakwa ditahan atas tuduhan membunuh anak perempuannya sendiri dengan kejam di mana mata mangsa dicungkil manakala lidahnya dipotong menggunakan gunting sebelum memakannya.

Suspek dilaporkan ditahan di rumahnya ekoran pembunuhan kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun di bandar Sao Cristovao di perbandaran Maravilha.

Perbuatan yang mengerikan itu dipercayai berlaku pada 24 Januari yang lalu ketika datuknya ternampak darah mengalir dari saluran pembuangan. Sebaik sahaja melihat darah tersebut, lelaki itu terkejut apabila mendapati cucunya yang tidak bernyawa lagi.

Menurut laporan, mayatnya ditemui dalam keadaan matanya dicungkil dan lidah dipotong. Penyiasat mendakwa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan gunting. Malah, lelaki tersebut memberitahu pihak polis bahawa leher cucunya itu berwarna ungu.

Hal ini, lelaki berkenaan bergegas menghubungi pihak polis untuk datang ke rumah dan menahan ibu mangsa yang disyaki suspek pembunuhan itu. Namun begitu, suspek dipercayai menafikan dakwaan yang berlaku.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan menderita masalah kesihatan mental termasuklah mengalami kemurungan. Kini, suspek dihantar dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.