eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sedih Bakal Pengantin Maut Tersepit Lif

 


Jodoh, rezeki dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sumatera Utara apabila majlis perkahwinan yang dirancang bersama pasangan musnah apabila dia meninggal dunia akibat kecelakaan.

Lebih menyedihkan, kejadian tragis yang menimpa Widia Wati (24) dari Desa Tanjung Purba, Daerah Tanjung Morawa itu berlaku kurang dua minggu menjelang hari pernikahannya.

Memetik laporan Tribun News, arwah yang merupakan pekerja swasta di sebuah perusahaan motosikal di daerah tersebut meninggal dunia pada Sabtu (16/1/2021) setelah tersepit lif di tempat kerja.

”Perancangannya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari adalah majlis resepsi di rumahnya tetapi mangsa meninggal dunia kerana tersepit lif,” kata Ketua Desa Tanjung Baru, Azman Ginting kepada Tribun News.

Katanya, keluarga arwah hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu setelah arwah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat.

Ahli keluarga dan bakal suaminya dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dibawa pulang apatah lagi apabila persiapan perkahwinan telah siap dilakukan selain foto ‘pre-wedding’ yang menjadi kenangan terakhir arwah.

Sumber: Tribun News