Kematian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong air dan mempunyai kesan kecederaan di badannya benar-benar menyentap perasaan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini.
Anak kecil yang tak berdosa itu baru sahaja tinggal bersama ibu kandungnya selepas 6 tahun diasuh oleh keluarga angkat yang amat sayang kepadanya.
Trending di Twitter
Namun, siapa sangka pemergiannya memberi kesan besar kepada sebahagian warganet.
Menerusi media sosial, nama adik Zubaidi Amir Qusyairi telah trending selepas orang ramai meninggalkan pelbagai komen dan status menyatakan rasa sedih diatas pemergiannya.
Hari yang sangat menyedihkan
Rata-rata mengakui sebak dan sedih membaca kisah adik Amir ini dan melihat video-video perpisahannya bersama keluarga angkat selepas diambil semula oleh ibu kandungnya.
Paling menyentuh hati adalah rakaman ketika ibu angkat mangsa iaitu Norlida Abu Hassan, 48 mengetahui berita Amir telah meninggal dunia.
Suasana menjadi begitu sebak apabila raungan Norlida kedengaran jelas melalui panggilan telefon.
Perbualan telefon dengan Amir
Menerusi muat naik daripada salah seorang kakak angkat mangsa, dia mengakui bahawa seluruh ahli keluarganya begitu terkesan kerana amat menyayangi kanak-kanak tersebut.
Ketika ini mereka masih menunggu jenazah Amir untuk dikebumikan.
Luluh hati kami..doakan kami sekeluarga kuat ye🤲🏻..kes adek amir masih lagi dlam siasatan..kami sekeluarga tak dpat tngok lgi keadaan jenazah adek amir mcm mana..dan doakan jenazah adek amir die beri peluang untk kami bawak balik dikebumi di bukit sentosa..insyallah amin ya allah pic.twitter.com/FSOv7xV3k7
— Tuhfah (@Tupah9) January 30, 2021
Mohon doa dipermudahkan bawa jenazah pulang
Selain daripada itu, keluarga angkat allahyarham juga berharap agar urusan mereka untuk membawa pulang jenazah Amir dan dikebumikan di Rawang dipermudahkan.
Sumber: Twitter, Tuhfah9, zul ibrahim