🤣 pic.twitter.com/PgFrlxlj1G
— ً (@IBCIG) January 15, 2021
Jika dilihat dengan jelas pasti kita akan nampak sesuatu yang tidak kena dengan rambut anak-anak tersebut dan pastinya amat melucukan bila kita dilihat banyak kali.Rupa-rupanya, mereka telah menggunakan sebuah mesin cukur yang dijumpai lalu bekerjasama untuk memotong rambut masing-masing. Hasilnya, potongan tersebut telah membuatkan wanita terbabit menangis terkejut dan dalam pada masa yang sama dia juga terhibur dengan aksi nakal anak-anaknya.
Keadaan itu telah membuatkan rata-rata warga netizen berasa lucu dengan aksi nakal kedua-dua budak terbabit di samping ada yang dapat relate dengan situasi tersebut. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 28.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada beberapa hari yang lalu.
Habis rambut budak dua orang ni |
Sumber:Twitter