Pelakon wanita terkenal, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia merupakan antara artis yang terlibat dengan aktiviti pelacuran kelas atasan bagi memperolehi jalan pintas hidup mewah.
Hal ini dinyatakan menerusi laporan daripada Mstar selepas dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral itu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sumpah Tak Terlibat!
Mengulas mengenai perkara tersebut, Tiz menyifatkan tuduhan sebegitu sangat keterlaluan, namun sema sekali tidak bimbang kerena tidak pernah terjerumus ke dalam aktiviti kotor itu.
“Sumpah tak ada (tak terlibat)…nauzubillah nama saya tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?” Tegasnya.
Kerjaya lakonan dah stabil, tak perlu semua tu
“Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana…saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni.”
“Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar.” Katanya
“Saya tak terkejut ia berlaku dalam kalangan kita”
“Tapi perkara ini saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.”
sebelum ini ada media melaporkan terdapat beberapa selebriti wanita dan influencer terkenal didakwa menawarkan perkhimatan seks untuk kesenangan hidup.
Mereka juga dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 untuk satu malam. Susulan daripada khabar tersebut, netizen mulai memetik beberapa nama selebriti yang menayangkan gaya hidup mewah di sosial media dengan mengaitkan mereka dalam aktiviti itu.
Sumber:mstar