Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap bayi teman wanitanya yang berusia 18 bulan sehingga menyebabkan kematiannya, lapor The Sun.
Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah ditangkap pihak polis di Itali selepas doktor mengesahkan bahawa bayi tersebut telah dirogol dan dipukul.
Bayi tersebut difahamkan telah dikejarkan ke hospital di bandar Bergamo, wilayah utara Lombardy dengan kecederaan yang serius.
Menurut The Sun, ketika nenek kepada bayi tersebut menemuinya, dia telah mendapati bahawa mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bayi tersebut telah meninggal dunia di hospital pada 11 Januari selepas tanda-tanda penderaan seksual yang ngeri ditemui oleh pegawai perubatan, menurut media tempatan.
Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa terdapat tanda-tanda kecederaan lain yang jelas berlaku pada hari-hari sebelumnya tidak dirawat.
Seorang hakim penyiasat yang meneliti laporan itu menyifatkan kes tersebut sebagai ‘amat mengerikan’.
Pihak polis kemudiannya telah menahan suspek yang berusia 25 tahun dan berasal daripada Romania itu, yang juga merupakan teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan.
Pada hari kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, suspek telah mendakwa bahawa kecederaan awal itu berlaku disebabkan oleh bayi tersebut terkena pemanas akibat perbuatannya sendiri.
Dia menyatakan bahawa dia menyedari yang bayi itu sukar untuk bernafas dan sakit ketika ditahan oleh polis.
Pasukan forensik menyatakan laporan perubatan menolak kemungkinan bahawa kecederaan bayi tersebut bukannya secara tidak sengaja.
Apabila dia menyedari bahawa pihak polis memburunya, suspek telah melarikan diri ke pangsapuri ibunya yang terletak di Lentate sul Seveso di wilayah Monza, menurut laporan.
Sumber: The Sun