eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Bikin Ramai Sedih ,Berharap Dapat Jumpa Ayah Kandungnya "Adik Dah 22 Tahun"

 


Satu perkongsian daripada gadis yang dikenali sebagai Yusriena Mahmud mengundang sebak pengguna TikTok apabila dia memuat naik satu rakaman video mengenai ayah.

Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan  apabila perkongsian daripada gadis berusia 22 tahun ini apabila dia menyatakan bahawa dirinya tidak pernah bertemu dengan ayahnya yang mana video miliknya yang dikongsikan itu telah mendapat 1 juta tontonan umum menerusi aplikasi TikTok.




Menerusi video memaparkan dirinya yang tersenyum gembira mengatakan bahawa dirinya kini berusia 22 tahun tetapi rupa-rupanya dia meluahkan bahawa dirinya tertanya-tanya mengenai ayahnya itu dan mengharapkan perkara itu akan terjawab nanti.


@abby28499

Dari kecil aku menunggu sesuatu yang tak pasti🥲#fyp #fy

♬ Jony_Lali - Cha Gezag


 Video gadis terbabit ternyata selain mendapat 1 juta tontonan selepas beberapa hari dikongsikan malah perkongsian daripada dirinya itu dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Menjenguk ruangan komen pula, rupa-rupanya ramai meluahkan perkara yang sama tentang apa yang terjadi kepada gadis tersebut disamping ada netizen turut mendoakan dirinya dengan meninggalkan kata-kata semangat sekali gus mendoakan agar dia kuat.

sumber:abby28499