Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter milik @SabrinaSuhaim1, pakcik yang berbaju putih terbabit telah ditemu ramah oleh salah seorang pelanggan lelaki sambil berkata bahawa dirinya percaya dengan rezeki yang datang sekiranya dia membuka gerai di awal pagi. Maka tidak hairanlah mengapa dia sanggup membukanya seawal 4 pagi seperti yang sempat direkod.
Eh tak mana ada nangis. Ni habuk je 🥺 pic.twitter.com/3FmirEngTO
— Sab • Fever Glam Cosmetics (@SabrinaShuhaim1) February 5, 2021
Ternyata, semangat yang dipaparkan oleh pakcik tersebut membuatkan pemuda itu terharu lalu menyebarkannya di laman Tiktok miliknya demi rezeki pakcik berkenaan. Rakaman yang berdurasi selama 56 saat itu menjadi tontonan ramai sehingga berjaya raih sebanyak 340 ribu views.