Ajal dan maut bukanlah kita yang tentukan ,walaupun sejauh mana kita menjauhinya ia tetap akan hadir bila sampai waktunya yang membezakan adalah bagaimana ia terjadi dan bila akan berlaku.Insiden terjadi dua hari lepas pula begitu menyayat hati apabila ia melibatkan seorang frontliner yang sedang keluar untuk menjalankan tugas
Motor yang Dinaiki Hilang kawalan Dan terbabas
Melalui satu perkongsian di facebook Penang Kini ,seorang anggota polis telah menemui ajalnya apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu tidak dapat dikawal dan menggakibatkan Allahyarham Mohd Syafiq Bin Ishak telah tercampak kedalam longkang berhampiran sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Valdor-Tasek Pulau Pinang dan menurut Aina Fadzlina yang merupakan kakak ipar, kecelakaan berkenaan difahamkan berlaku ketika beliau sedang bertugas
Allahyarham tinggalkan seorang isteri bersama 4 orang anak yang masih kecil termasuk bayi lelaki berusia 8 bulan, Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Chenerai,Kuala Pegang Kupang, Kedah.Semoga roh Allahyarham Kpl 187880 Mohd Syafiq bin Ishak dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin.
Sumber: Peneng kini, Fazli Nabila