Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda.
‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.
@anasmansor99 Kalau order makanan tu please allert, tgk status makanan tu😞 #foryoupage #foodpandamalaysia
♬ original sound - Pijah Mohamad - Cek Yana
Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya.
Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.
@anasmansor99 Reply to @nursyazwaniey.__ part 2 done, tengok sampai habis kalau nak tau mana p makanan tu🥰 #foodpandamalaysia #foryoupage #fyp
♬ original sound - Abang Panda
Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka.
Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.
Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.
Sumber: @anasmansor99